Friday, November 21, 2014

PELAJAR SEDANG MENDUDUKI SPM RENTUNG

By Kamera Media   Posted at  12:23 PM   isu semasa No comments

Keadaan rumah dua tingkat yang terbakar

Kuala Kubu Bharu: Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan abangnya rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Lot 385A Jalan Besar Ulu Bernam dekat sini awal pagi tadi. 

Ketika kejadian jam 3.45 pagi, mangsa Muhamad Nur Arif Ghazali, 17 dan Muhamad Azuwanis Ghazali, 20 sedang tidur di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah itu manakala penghuni lain berada di bilik bawah. 

Menurut jurucakap bomba ketika kejadian terdapat 15 penghuni termasuk lapan kanak-kanak berusia antara satu bulan hingga tujuh tahun berada di dalam rumah berkenaan dan hanya dua disahkan maut. 

"Pihak kami menerima panggilan kecemasan jam 3.58 pagi sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu diarahkan ke lokasi sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian," katanya. 

Katanya, kebakaran membabitkan rumah dua tingkat yang memiliki lapan bilik tidur itu dipercayai berpunca di tingkat atas yang diperbuat daripada kayu sebelum merebak di tingkat bawah.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.