Friday, November 14, 2014

RAJA BOMOH BUAT HAL LAGI, DERA PEMBANTU RUMAH HINGGA HILANG INGATAN

By Kamera Media   Posted at  12:04 PM   isu semasa No comments


Setelah lama tak mendengar kisah Mahaguru Ibrahim Mat Zin, nama pengamal perubatan alternatif ini kembali hangat diperkatakan apabila seorang warga Indonesia mendakwa didera dengan teruk olehnya. 

Menik Fitriyanti,47, dari Badean, Kota Bondowoso, Jawa Timur yang tiba ke kampung halamannya pada Selasa, 

4 November lalu mengadu dia terpaksa melarikan diri dari Malaysia kerana tak tahan lagi didera oleh majikannya. Majikannya disebut bernama Mahaguru Mat Zin dan ini disahkan oleh gambar yang dibawa bersamanya. 


Anak Menik, Alfa Nurismayanti memberitahu media Indonesia, ibunya pulang seorang diri dalam keadaan sakit. Di kepala ibunya, terdapat bekas jahitan sepanjang 30 sentimeter yang dipercayai jadi punca ingatan ibunya itu agak terganggu. 

 Ketika disedari pulang secara mengejut ke kampung halamannya sekitar jam 3 petang tempoh hari, Alfa menyatakan ibunya ditemui berada di kubur suaminya yang terletak di belakang rumah mereka dan tidak mahu banyak bercakap kerana kelihatan celaru. 

Kali terakhir ibunya menghubungi keluarga dakwa Alfa, sekitar setahun lalu bagi memaklumkan bahawa dia tidak tahan lagi bekerja tapi tak dibenarkan berhenti oleh majikannya. 


Selain bekas jahitan panjang di kepala, media seberang melaporkan terdapat bekas jahitan di leher dan perut Menik, selain kesan lebam di kaki. 

Ikuti video di bawah untuk lebih lanjut

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.