Konstabel Muhammad Azri bin Ahmad yang bertugas di Balai Polis Kluang Baru, telah kembali ke rahmatullah pada 13.11.2014 setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya sewaktu menjalankan tugas ronda cegah jenayah dan dipercayai telah dilanggar lari.
Siasatan awal telah dijalankn mendapati tempat kejadian merupakan satu jalan lurus sistem jalan dua hala. Keadaan cahaya jalan samar-samar,permukaan jalan kering dan cuaca baik.
Kemalangan ini berlaku semasa anggota polis Balai Polis Kluang Baru tersebut bersama seorang rakannya L/Kpl Mohd Izat B. Zakaria dalam tugas ronda cegah jenayah (RCJ). Ketika itu mangsa menunggang mengekori rakannya dari belakang menghala ke lampu isyarat Jln Mersing.
Tiba ditempat kejadian sebuah m/kar dipercayai yg berada dibelakang mangsa dari arah yg sama cuba untuk memotong m/sikal itu tetapi telah bergesel menyebabkan mangsa terjatuh dan terus terseret diatas jalan raya.
Siasatan lanjut masih diteruskan. Butir-butir Mangsa: 1)Penunggang m/sikal no:WQV 2585 (Meninggal dunia)
Nama: Muhammad Azri B. Ahmad
Umur: 24 thn.
Alamat: No 121 Kg Tengah Telok Bagan, 05400 Alor Setar, Kedah.
Kecederaan : Cedera parah dikepala. .
Hasil siasatan awal: Mendapati punca kemalangan dari kecuaian pemandu m/kar
no:tidak dikenalpasti kerana memandu secara merbaya sehingga berlaku kemalangan maut.
0 comments: