Monday, November 10, 2014

PENGAWAL KESELAMATAN MAUT TERTEMBAK DIRI SENDIRI

By Kamera Media   Posted at  8:46 PM   isu semasa No comments


GEORGE TOWN - Malang nasib seorang pengawal keselamatan apabila dia ditemui maut setelah terlepas tembakan sehingga mengenai dada kanan ketika hendak mengosongkan senjata di sebuah pejabat keselamatan di Ideal Evenue, Medan Kampung Relau 1, Sungai Nibong di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, M. Pusbanathan, 52, mati di tempat kejadian setelah dia cuba mengeluarkan sebutir peluru yang tersangkut pada senjata jenis pump gun.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten komisioner P.R. Gunarajan berkata, sebelum insiden berlaku mangsa yang merupakan seorang duda baru selesai tugasan mengawal keselamatan di sebuah bank di Sungai Dua pada pukul 6.30 petang.

Menurutnya, semasa itu mangsa telah berjaya mengeluarkan empat butir peluru manakala sebutir lagi dikatakan terlekat pada senapang tersebut.
"Mangsa kemudiannya pulang ke pejabat untuk mengeluarkan baki peluru yang masih tersangkut namun malang nasib dirinya apabila dia terlepas tembakan lalu mengenai dada kanannya.
"Siasatan mendapati mati dalam keadaan duduk di atas kerusi dan semasa kejadian ada seorang lagi rakan sekerja di mana mereka sebelum itu hendak mengosongkan senjata dan hendak menyimpan senjata di dalam peti besi di dalam pejabat berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, beliau memberitahu pihak polis turut menahan seorang rakan sekerjanya yang berusia 28 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.
Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.