Saturday, November 8, 2014

GAMBAR ISTIADAT PERSANDINGAN TMJ DAN CHE PUAN KHALEEDA YANG MEWAH

By Kamera Media   Posted at  7:23 PM   isu semasa No comments


Koleksi Gambar Istiadat Persandingan TMJ Dan Che Puan Khaleeda | Majlis istiadat diraja persandingan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Che Puan Khaleeda bermula pada pukul 9.20 malam dengan keberangkatan masuk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Majlis diikuti pila dengan keberangkatan masuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom.

Selepas itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching dilihat melangkah masuk ke dalam dewan diikuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Antara barisan kehormat yang turut memeriahkan majlis persandingan TMJ dan Che Puan Khaleeda ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan juga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah.

Di kesempatan ini, Katak Comel ingin mengucapkan jutaan tahniah buat TMJ dan isterinya dan mendoakan agar perkahwinan mereka ini kekal hingga ke jannah. Luaskan Kuasamu!

Apa pun, mari kita terjah beberapa gambar majlis istiadat Tunku Mahkota Johor dan Che Puan Khaleeda yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda.


About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.