Monday, November 10, 2014

KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT DIHEMPAP TELEVISYEN

By Kamera Media   Posted at  9:20 AM   isu semasa No comments

TV yang dipercayai telah menghempap mangsa

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut akibat dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci di Taman Intan Mas, Teluk Intan, dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di ruang tamu, sebuah rumah di Taman Intan Mas, Teluk Intan.

“Dalam kejadian itu, mangsa memegang televisyen berkenaan untuk menonton rancangan kartun, dan secara tiba-tiba televisyen berkenaan jatuh dan menghempap bahagian kiri kepala mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan oleh ibunya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, katanya.

“Televisyen tersebut berukuran 29 inci dan berat kira-kira 40 kilogram,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada pihak hospital berkenaan pada jam 1.35 petang.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.