Thursday, November 6, 2014

PDRM CADANG GUNA KENDERAAN HIBRID TAHUN DEPAN. APA PANDANGAN ANDA ?

By Kamera Media   Posted at  6:12 PM   No comments


HULU LANGAT: Polis bakal menggunakan 30 motosikal elektrik awal Oktober depan di sekitar ibu kota untuk mengurangkan kos penggunaan bahan api.


Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata selain motosikal elektrik, polis juga bercadang untuk menggunakan kereta peronda hibrid di seluruh negara.

"Penggunaan enjin hibrid itu dijangka dapat menjimatkan 35 peratus daripada kos penggunaan bahan api, selain dapat memelihara alam sekitar dan mengurangkan kadar pelepasan karbon sehingga 30 peratus daripada penggunaan biasa," katanya.

Bagaimanapun penggunaan kedua-dua kenderaan itu masih dalam peringkat kajian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program 'My Hijau Youth Camp' anjuran bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Malaysian Green Technology Corporation, di sini hari ini.

Program selama tiga hari itu dihadiri 75 pelajar sekolah menengah dalam kalangan anggota keluarga polis serta kadet-kadet polis, bertujuan mendidik kepentingan dan kesedaran memulihara alam sekitar.

Adakah penambahbaikan yang ingin dilakukan ini bersesuaian dengan keadaan ekonomi di negara kita ?
Adakah selepas penambahbaikan ini, kadar jenayah di negara kita akan berkurang ?
Apakah pandangan anda?

Pandangan kami adalah, lebih baik jika wang yang ada digunakan untuk menambahbaik fasiliti yang dapat membantu mengurangkan kadar jenayah contohnya seperti CCTV yang berdefinisi tinggi bagi memudahkan pengecaman penjenayah dan juga memasang CCTV di lorong-lorong atau jalan-jalan yang mempunyai kemungkinan untuk berlakunya jenayah.



About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.