Monday, November 10, 2014

GAMBARAN DUA WATAK UTAMA FILEM WARCRAFT DIPERKENALKAN

By Kamera Media   Posted at  3:45 AM   isu semasa No comments


Filem Warcraft sudah di dalam proses pembuatan selama bertahun lamanya. Kali pertama kami mendengar berita ianya akan dihasilkan ialah pada tahun 2006. 

Penggambaran mula dilakukan Januari dan siap sepenuh Mei lalu. 

Tidak banyak maklumat diberikan tentang filem melainkan nama pengarah dan dua prop senjata yang digunakan. 

Pada Blizzcon yang baru berakhir hujung minggu lalu, dua gambar watak utama filem ini dan barisan pelakon utama diumumkan secara rasmi. 

Gambar King Llane lakonan Dominic Cooper dan Orgrim nampak seiras dengan watak asal daripada permainan video. 

Selain Dominic Cooper (Bucky dari filem Captain America) pelakon lain yang diumumkan ialah Clancy Brown, Paula Patton, Ben Foster, Rob Kazinsky dan Daniel Wu. 

Plot filem ini akan mengikuti jalan cerita Warcraft Orcs and Human dan Tides of Darkness. Tarikh tayangan pula ialah 9 Mac 2016. 

Kepada mereka yang kurang arif dengan selok belok jalan cerita Warcraft, anda mempunyai lebih dari setahun untuk menelaah sejarah Azeroth.



About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.