Monday, November 10, 2014

RAZIF SIDEK DEDAH LEE CHONG WEI SUDAH LAMA MENGGUGUNAKAN DADAH DAN KHIDMAT DOKTOR LUAR

By Kamera Media   Posted at  7:50 PM   isu semasa No comments


Baru-baru ini menjadi viral di Malaysia apabila pemain badminton nombor satu dunia Dato Lee Chong Wei didapati positif menggunakan barang terlarang. Klik di sini untuk lebih lanjut

Bekas pemain negara, Razif Sidek telah tampil bagi menjelaskan kes yang menimpa Lee Chong Wei yang didapati positif dalam sampel ‘B’ dan dijangka berdepan dengan pergantungan selama 2 tahun.

Menurut Razif, ramai pegawai termasuklah pemain-pemain dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedar akan kesalahan yang dilakukan oleh pemain nombor satu dunia itu.

Akan tetapi, tiada sesiapa yang berani membuka mulut kerana menyedari status Datuk Lee Chong Wei sebagai jaguh badminton negara dan dunia.

“Sebelum ini, susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh. Kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama".

"Boleh dikatakan pemain senior dan pegawai sudah tahu perkara ini. Malah, perkara ini turut mendapat pengetahuan daripada pemain-pemain junior tetapi mereka sedar bahawa atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita"
.
“Saya difahamkan dia mengambil dadah ini dan sanggup mengupah doktor itu datang ke sini semata-mata untuk menggunakan bahan terlarang berkenaan".

“Bukankah saya dah cakap sebelum ini? Saya bukan jenis individu buat tuduhan melulu, tetapi kisah ini telah dimaklumkan kepada saya oleh beberapa individu dalam persatuan itu sendiri,”  katanya.

Chong Wei kini dikenakan penggantungan sementara dan hukuman sebenar akan diumumkan selepas Panel Pendengaran Doping Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selesai bersidang pada satu tarikh yang belum diputuskan lagi.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.