Sunday, November 2, 2014

TIDAK SENSITIF!! Individu Dari Luar Negara Membuat Jenaka Trajedi MH370 Sempena Sambutan Hallowen

By Kamera Media   Posted at  5:48 AM   isu semasa No comments

PETALING JAYA - Tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 pada bulan Mac yang lalu yang masih belum dijumpai sehingga sekarang telah bertukar menjadi satu bahan jenaka sempena sambutan Hari Halloween oleh pihak-pihak tertentu yang tiada sikap sensitif sehingga menyebabkan kemarahan dari ramai netizens.

Menurut The Star Online, pencarian keyword #flightmh370 di Instagram dan Twitter menunjukkan sekurang-kurangnya enam orang yang membuat kostum Halloween yang berkaitan dengan tragedi itu. 

Di Instagram nystone01, telah dimuat naik gambar tiga orang zombie yang memakai pakaian seperti cheongsams, sambil mempamerkan kad pengenalan anak-anak kapal, yang mengandungi logo Malaysia Airlines.

Gambar itu turut disertakan dengan hashtag seperti 'sesuatu yang tidak kena', 'Malaysianairlines', dan 'flightmh370'.




Pengguna instagram, Maylimchinai yang memberi komen pada gambar itu berkata bahawa ia adalah tidak sopan, "negara kita masih sedih dari trajedi kehilangan pesawat, tetapi anda seolah-olah berfikir tiada apa-apa untuk membuat jenaka tentang trajedi itu dan membuat publisiti ke seluruh dunia."

Pengguna yang sama kemudian mengambil screen shot gambar dan berkongsi di Facebook, seterusnya mendapat perhatian lebih ramai rakyat Malaysia yang seolah-olah kecewa dengan perbuatan itu.

Seorang pengguna Facebook, Sash KG menyatakan, "Dengan perbuatan seperti ini, kita menyaksikan nilai kemanusiaan mati sedikit demi sedikit setiap hari."

Manakala Sai Janane Barnee berkata "Ini sangat menyedihkan. Bagaimana mereka sungguh kejam untuk melakukan hal ini."

Didapati juga kesemua individu yang menyiarkan bahan jenaka yang tidak sensitif itu bukannya rakyat Malaysia dan kesemuanya daripada luar negara.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.