Seorang pengguna Facebook, Balqis Sheikh, memuat naik satu pendedahan mengejutkan yang melibatkan kos reka bentuk jersi baru untuk Skuad Negara.
Menurut Balqis, kos bagi rekaan baru jersi Skuad Negara adalah RM400,000. Ini adalah untuk rekaan sahaja.
Kos ini dikatakan dicaj oleh Melinda Looi.
Balqis juga mempersoalkan, bagaimana Kementerian Belia & Sukan menentukan jumlah rekaan sebanyak RM400,000 ini sangat berpatutan?
Dia sekali lagi mengulangi, harga RM400,000 itu hanya untuk kos rekaan sahaja. Bukan untuk material ataupun upah jahitan.
Khairy Jamaluddin perlu memberikan penjelasan mengenai isu ini. Adalah tidak wajar rekaan jersi sahaja telah menelan kos sebanyak RM400,000.
0 comments: