Seremban: Hanya kerana ibu enggan memberi wang, remaja lelaki berusia 21 tahun bertindak menumbuk muka ayah saudarannya hingga mati ketika lelaki itu mahu meleraikan pergaduhan dua beranak berkenaan di sebuah rumah di Taman Seri Pagi, Senawang, di sini, kira-kira 5.30 petang ini.
Sumber polis berkata, suspek yang bekerja di Kuala Lumpur pulang ke rumahnya untuk meminta wang daripada ibunya.
Katanya, berang apabila permintaan tidak dipenuhi, suspek yang juga anak sulung daripada dua beradik itu memarahi ibunya sebelum ayah saudaranya yang berada di rumah itu bertindak cuba meleraikan pergaduhan.
"Berikutan marah mencampuri urusannya, suspek bertindak ganas dengan menumbuk mukanya. Ayah saudaranya yang kebetulan mempunyai sakit jantung mati di rumah berkenaan," katanya.
Menurutnya, melihat ayah saudaranya sudah tidak bernyawa, suspek melarikan diri dengan motosikal.
"Ketika insiden itu, kejadian disaksikan ibu, adik dan nenek mangsa," katanya.
Menurut sumber,kes ini masih disiasat.

0 comments: