Tuesday, November 4, 2014

VIDEO LELAKI GAGAH. KAHWIN SEBANYAK 62 KALI, MAKAN BARA API, RUMPUT, DAGING MENTAH DAN KACA

By Kamera Media   Posted at  3:35 AM   isu semasa No comments


Kaherah: Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan sehingga ini sudah 62 kali berumah tangga, tiga daripadanya masih menjadi isterinya yang sah.

Lelaki itu yang namanya bermakna ‘bapa kekuatan’ dalam bahasa Melayu berkata, dia tidur dengan isterinya lima kali sehari dan hidup dengan makan daging mentah serta ikan dengan tulangnya sekali.

Ketika muncul dalam rancangan terbitan rangkaian televisyen Al Hayat, semalam, Abu Shadeed dan beberapa anaknya mengejutkan penonton apabila mereka makan rumput.

“Saya makan rumput hanya untuk membuka selera. Makan seharian saya ialah daging mentah dan ikan, yang saya makan dengan tulangnya sekali. Saya juga boleh makan arang yang masih terbakar,” katanya.

Menurutnya, dia ketika ini mempunyai tiga isteri selepas menceraikan yang keempat atas alasan wanita itu menyokong Ikhwanul Muslimin.

“Saya sudah berkahwin 62 kali. Kebanyakan mereka berkahwin dengan saya kerana tenaga luar biasa saya. Saya tidur dengan isteri saya lima kali sehari.

“Saya tidak ambil ubat perangsang atau dadah. Kekuatan saya adalah anugerah Tuhan.
“Saya kini merancang mencari isteri keempat dan dia perlu langsing serta berkulit sawo matang,” katanya.

Berikut adalah rakaman video sewaktu beliau ditemuramah di rancangan terbitan rangkaian televisyen Al Hayat.


About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.