Tuesday, November 18, 2014

PERMOHONAN ONLINE BRIM 4.0 2015 AKAN DIBUKA PADA MINGGU KE-2 DISEMBER 2014

By Kamera Media   Posted at  10:01 AM   isu semasa No comments


Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. 

Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma. 

Kadar Bayaran BRIM 4.0 Tahun 2015 




1. Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950 

Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015. 

2. Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750 

Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September. 

3. Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350

Kadar BRIM 4.0 dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015. 

Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Tahun 2015 

-Warganegara Malaysia 
-Berumur 21 Tahun Keatas 
-Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah 
-Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000 
-Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan   kebawah 
-Skim Khairat Kematian RM1,000 

Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun. 

Borang Permohonan Secara Online BR1M 4.0 

http://www.hasil.gov.my/ 
https://ebr1m.hasil.gov.my/ 
http://www.treasury.gov.my/

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.