Seorang ibu terpaksa menahan sedih sebanyak dua kali kerana anaknya Olga Chardymova telah dibunuh kejam sewaktu berumur 10 tahun dan kemudiannya kubur anaknya telah digali untuk dijadikan mumia oleh seorang pakar sejarah Russia.
Anatoly Moskvin, 47, menggeledah kawasan perkuburan dan menyimpan berpuluh-puluh mayat kanak-kanak perempuan di dalam bilik tidur di mana dia tinggal bersama ibu dan bapanya.
Olga Chardymova sewaktu berumur 5 tahun
Dia memaikaikan mayat kanak-kanak dengan stoking, pakaian dan kasut perempuan untuk membuat mereka kelihatan seperti anak patung, bahkan memakaikan gincu dan make-up pada wajah mereka, dan meletakkan kotak muzik di dalam tulang rusuk mereka. Anatoly Moskvin juga akan menandakan ulang tahun hari jadi bagi setiap mangsa yang telah mati di dalam bilik tidur di dalam Nizhny Novgorod.
Berikutan penangkapannya, Anatoly Moskvin memberitahu kepada ibu bapa mangsa : "Kamu meninggalkan anak perempuan kamu dalam keadaan sejuk - dan aku membawa mereka pulang dan menghangatkan mereka."
Anatoly Moskvin
Gambar 2 bulan sebelum beliau dibunuh
Olga Chardymova telah dibunuh kejam, sewaktu beliau berumur sepuluh tahun, kali pertama dia dibenarkan untuk berjalan seorang diri dari keluarga untuk ke apartmen nenek nya di blok berhampiran sewaktu ibu bapanya pergi bekerja.
"Saya sudah berumur sepuluh tahun. Saya boleh pergi sendiri," dia merayu.
Ibunya telah mengalah dan mengizinkan dia pergi keluar dengan membawa beg kegemarannya yang berwarna hijau dan payung biru, dan beliau telah pergi buat selamanya.
Setelah 10 tahun dikebumikan ,ketika keluarga membuka kubur Olga, mayatnya sudah tidak ada.
Antara mayat-mayat yang dijumpai di bilik Anatoly Moskvin:
0 comments: