Singapura – Lebih RM37,000 telah dikumpulkan oleh orang ramai kepada seorang lelaki dari Vietnam yang ditipu ketika membeli mahu membeli telefon bimbit iPhone 6 di Menara Sim Lim, di sini, baru-baru ini.
Pelancong dari Vietnam itu,Pham Van Thoi menangis dan merayu sambil berlutut kepada peniaga di kedai berkenaan apabila dia ditipu daripada harga RM3,147 menjadi kepada RM5,000.
Aksi lelaki Vietnam itu yang menangis dan dimalukan oleh peniaga terbabit telah dirakamkan dan ia menjadi viral selepas dimuat naik dalam internet.
Pham, yang mahu membeli telefon itu sebagai hadiah harijadi kepada teman wanitanya telah menyimpan wang sejak beberapa bulan lalu dan akhirnya selepas mendapat wang yang mencukupi, dia ke menara tersebut untuk membelinya
Namun dia ditipu apabila harga berkenaan tiba-tiba meningkat kepada RM5,000 dengan alasan ia merupakan tambahan lanjutan jaminan.
Dia kemudiannya meminta wangnya dikembalikan namun tidak diendahkan oleh peniaga terbabit.
Sejak video Pham yang menangis hiba itu itu dimuatnaik, sumbangan wang dari seluruh dunia mencurah-curah.
Kempen memungut derma itu dilakukan oleh Singaporean Gabriel Kang yang menetapkan sasaran RM4,447 sahaja namun dalam masa dua hari, sumbangan mencecah hampir RM37,000.
0 comments: