Monday, November 3, 2014

VIDEO PELAJAR DIPUKUL BERTUBI-TUBI DI ASRAMA SEKOLAH TERSEBAR

By Kamera Media   Posted at  7:58 AM   isu semasa No comments


Sebuah video buli berdurasi 4.37 minit memaparkan sekumpulan pelajar membelasah beberapa penghuni asrama viral di media sosial.

Motif kejadian tidak diketahui. Bagaimanapun, tindakan salah seorang (singlet hitam) dari kumpulan samseng berkenaan dilihat sangat melampau apabila dia bertindakan memukul beberapa orang mangsanya seperti hilang akal.


Lelaki berbaju hitam seolah-seolah sudah hilang pertimbangan dengan membelasah mangsanya yang tidak melawan langsung. Mangsa-mangsa kumpulan samseng itu hanya membiarkan saja diri mereka dibelasah mungkin kerana bimbang dengan keselamatan diri di masa akan datang.

Jika beginilah amalan di asrama, tidak mustahil perkara seperti ini akan berterusan terjadi malah akan menjadi lebih teruk. 

Diharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera ke atas pembuli-pembuli yang bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malahan juga boleh menyebabkan minda pelajar yang dibuli terganggu.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.