Baru-baru ini, pengendali Facebook yang popular memuat naik gambar sekumpulan lelaki berpakaian fesyen Punk di page mereka dengan caption di bawah:
"Sahabat saya ini dulu kuat merokok, banyak menghabiskan masa di perkara sia-sia. Follower tegar Punk sehingga lupa untuk taat pada agama, apatah lagi untuk menunaikan amanah Allah yang besar iaitu Solat, melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar."
Bagaimanapun, seorang individu, Hidup Menuju Mati tampil menafikan kisah itu seperti di bawah:
"Assalamualaikum tuan punya page, mintak jasa baik tuan delete post ni. Saya salah seorang dalam gambar jemaah tabligh di atas bersama adik & sahabat saya nak bagitau dalam jemaah tabligh masa ni xada seorang pun dalam pic punk berkenaan. Nak menyebarkan kebaikan bukan ini caranya. Matlamat tidak menghalalkan cara."
Salah seorang pengendali page di Facebook juga memberikan respon mengenai isu 'kantoi' ini di pagenya.
"Engkorang tahu apakah itu dajal bagi aku? Dajal itu adalah mereka2 yang memakai pakaian agama untuk mengasyikkan orang ramai seterusnya menyesatkan orang ramai dengan ritual2 yang boleh menarik traffic dan menguntungkan diri sendiri seperti meminta massa berzikir di ruangan komen.
"Apa dehal buat cerita.. Biar takde maruah, janji boleh buat masyarakat tacing2, dapat kutip duit dari google. Ye dak f****?"
Moga menjadi pengajaran buat pemilik page² gergasi yang lain.
0 comments: