Tuesday, November 4, 2014

TERKINI. PELAJAR HILANG DITEMUI TELAH MENINGGAL DUNIA

By Kamera Media   Posted at  4:01 AM   isu semasa No comments


Pelajar tingkatan empat Ahmad Rafikin Azman, 16, hilang ketika menyertai acara Maraton Gajah Terom di Sekayu, Kuala Berang, telah ditemui pada hari ke 4 kehilangannya. 

 Hulu Terengganu : Mangsa hilang di Hutan Lipur Sekayu, Ahmad Rafiqin Azman,16 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 4.00 petang tadi. 

Beliau yang hilang sejak 1 November lalu ketika ditemui telah pun meninggal dunia. 

 Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat. 

 Daripada keadaan mangsa ditemui, adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.

Bapa Ahmad Rafikin, Azman Othman bersama isteri berkongsi kesedihan atas berita kehilangan anak mereka

Dalam keadaan hujan yang lebat, operasi membawa turun mangsa menjadi lewat kerana melalui jalan yang sukar dan licin.

Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah.

Jenazah mangsa dibawa ke hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.