Saturday, November 15, 2014

VIDEO VIRAL SEORANG KANAK-KANAK LELAKI MENYELAMATKAN BUDAK PEREMPUAN DI SYIRIA ADALAH PALSU

By Kamera Media   Posted at  12:09 PM   isu semasa No comments


Baru-baru ini menjadi viral di laman sosial dan juga forum-forum mengenai video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki di Syria yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan kanak-kanak perempuan daripada tembakan penyerang hendap.

Kanak-kanak lelaki ini sanggup bergadai nyawa meskipun bertubi-tubi tembakan dilepaskan Rakaman yang dimuat naik di laman video Youtube pada 10 November lalu memaparkan kanak-kanak lelaki itu berusaha mencapai tangan kanak-kanak perempuan yang berlindung di sebalik sebuah kereta yang telah musnah. 

 Usahanya berjaya apabila dia berjaya menarik tangan kanak-kanak itu dan membawanya ke tempat lebih selamat walaupun tembakan berterusan dilepaskan ke arahnya.

Ikuti video tersebut di bawah



Tetapi hakikatnya video itu adalah lakonan semata-mata yang diarah oleh Lars Klevberg. Beliau menulis skrip setelah melihat berita mengenai konflik yang berlaku di Syiria. Katanya, beliau sengaja membuat video tersebut  sebagai pemangkin untuk membincangkan tentang isu kanak-kanak yang berlaku di Syiria.

"Jika saya boleh membuat filem dan berpura-pura ia adalah sebenar, orang akan berkongsi, memberi respon dan memberikan harapan, Kami melakonkanya di Malta pada bulan Mei tahun ini. Lokasi yang digunakan adalah sama dengan filem terkenal iaitu filem Troy dan Gladiator.Para lelaki dan perempuan adalah pelakon profesional dari Malta. Suara-suara di latar belakang adalah pelarian Syria yang tinggal di Malta." Kata Klevberg.

Ikuti video lakonan di bawah


About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.