Monday, November 17, 2014

PERNAHKAN ANDA TAHU BAGAIMANA KOMPANG DI BUAT ?

By Kamera Media   Posted at  9:52 PM   Hiburan No comments


Bila bercerita mengenai kompang mesti ramai diantara kita yang membayangkan sekumpulan anak muda bermain kompang di majlis perkahwinan bukan? 

Ya! Kita selalu lihat kompang dimainkan ketika pengantin tiba sebelum bersanding namun pernahkan kita ambil tahu bagaimanakah ia dihasilkan? 


Gema Seni terletak di Jalan Masjid, KM16 Kampung Pulai Merlimau Melaka merupakan lokasi pembuatan kompang dan parang yang diusahakan oleh Haji Kasim Haji Limat. 

Bahan yang digunakan untuk tapak kompang adalah dari Kayu Rebana, Sena dan Cempedak. Bahagian lapisan kulit kompang adalah dari kulit kambing yang telah dikeringkan selama 1 hari. Jika cuaca panas dan baik, kompang boleh dihasilkan sebanyak 20 unit selama 2 hari. Bermakna 1 hari 10 unit kompang pasti telah siap sedia untuk jualan. 


Di Gema Seni, kompang dihasilkan mengikut saiz yang di inginkan oleh pelanggan. Saiz bermula dari 5 inci hingga 15 inci. Harga pula bermula dari RM 10 hingga RM 90 bergantung kepada saiz kompang. Kulit kambing yang digunakan ke atas kompang boleh bertahan sehingga 10 tahun.


Kompang merupakan alat muzik tradisional Melayu yang terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dipercayai dibawa masuk oleh pedagang Arab. Pada ketika itu permainan kumpulan alat bunyian amat masyhur dimainkan di dalam upacara marhaban, selawat, berzanji dan sebagainya.

Walau berkurun lamanya, kompang tetap menjadi instrument muzik utama dalam keraian, keramaian, perkahwinan dan sambutan kerana ia telah menjadi nadi di dalam budaya masyarakat rumpun Melayu nusantara tidak kira sama ada di Brunei, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.