Sunday, November 30, 2014

MAUT TERSEPIT DI ANTARA TIANG DAN VAN

By Kamera Media   Posted at  12:29 AM   isu semasa No comments


Melaka: Seorang lelaki maut selepas tersepit pada tiang konkrit apabila menghidupkan sebuah van dari luar di perkarangan lobi bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sini, petang semalam. 

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu Norazam Abd Razak, 41, berdiri di luar pintu van dan dikatakan cuba menghidupkan enjin kenderaan berkenaan dari luar apabila ia melonjak ke depan. 


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, mangsa dipercayai tidak tahu gear van itu tidak berada dalam keadaan neutral. 

"Ia mengakibatkan kenderaan berkenaan berganjak ke depan dan mangsa tersepit antara pintu van dengan tiang konkrit berkenaan. 

"Mangsa yang cedera di dada meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

0 comments:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 Berita Malaysia. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.